NOTASAHAM PRESENTS

KELAS TEKNIK SCREENING 5.0

AI INTEGRATION EDITION

Belajar Screening Mudah & Praktikal, Kemudian Sambungkan AI ke TradingView

Tak perlu semak semuanya satu demi satu. Belajar tapis kaunter dengan screener, kemudian gunakan AI untuk mempercepat semakan shortlist, menyusun watchlist dan menetapkan alert.

Poster Kelas Teknik Screening 5.0
Tarikh
Ahad, 22 November 2026
Masa
9:00 pagi – 12:00 tengah hari
Format
3 jam live di Zoom
Rakaman
Rakaman penuh disediakan

EARLY BIRD BERAKHIR DALAM

08

Hari

03

Jam

21

Minit

44

Saat

Screen lebih cepat. Semak lebih tersusun. Fokus pada kaunter yang menepati kriteria.

Untuk trader Bursa & US · 14 screener NotaSaham · Demo langkah demi langkah

“Nak ikan? Guna jala. Nak cari kaunter ikut kriteria? Guna screener.”

Tanpa screener, cari kaunter macam tangkap ikan pakai tangan.

01

Buka chart sampai lewat malam

Buka satu demi satu, tapi masih tak jumpa kaunter yang ada setup.

02

Ikut cakap orang

Beli sebab orang kata kaunter “dah nak terbang”, kemudian tersangkut.

03

Watchlist panjang, fokus tak jelas

Banyak kaunter disimpan, tapi tak tahu yang mana patut disemak dahulu.

Screener membantu anda menapis kaunter. AI pula membantu menyemak, menyusun dan memantau shortlist berdasarkan arahan serta kriteria anda.

Kelas Teknik Screening 5.0 gabungkan kedua-duanya dalam satu sesi.

AI DALAM WORKFLOW SCREENING

Dah Dapat Shortlist. Nak Semak Satu-Satu Lagi?

Screener membantu tapis ribuan kaunter. Tapi selepas dapat shortlist, masih ada kerja nak dibuat: semak EMA, bandingkan jarak ke 52-week high, susun kaunter dan sediakan watchlist.

Di sinilah AI boleh bantu lajukan proses.

01

Percepat Semakan Shortlist

Minta AI membantu semak kaunter berdasarkan kriteria yang ditetapkan, termasuk susunan EMA dan jarak ke 52-week high.

02

Susun Kaunter Ikut Kriteria

Bantu susun shortlist supaya anda tahu kaunter mana yang hendak disemak dahulu.

03

Kurangkan Kerja Berulang

Gunakan workflow AI untuk membantu membina watchlist dan menetapkan alert melalui TradingView MCP.

04

Lebih Masa untuk Semak Setup

Kurangkan masa mengurus senarai supaya anda boleh fokus pada chart dan keputusan trading.

Daripada banyak langkah manual kepada workflow screening yang lebih pantas dan teratur.

AI boleh tersilap. Semak semula data dan chart sebelum membuat keputusan.

ALIRAN PEMBELAJARAN

Empat Langkah Dalam Satu Workflow

01

SCREEN

Tapis kaunter mengikut setup.

02

SEMAK

Gunakan AI untuk membantu semak shortlist.

03

SUSUN

Bina watchlist yang lebih teratur.

04

PANTAU

Tetapkan alert dan semak semula di chart.

SILIBUS

Apa Anda Akan Belajar

BAHAGIAN 1

Teknik Screening

  • ✓Kenapa screener penting untuk jimat masa, fokus pada kaunter yang ada setup dan elak FOMO.
  • ✓Bina screener NotaSaham secara live di TradingView, langkah demi langkah.
  • ✓Cara simpan screen dan ubah suai setting sendiri.
  • ✓Cara melaras filter volume dan menukar market daripada Bursa ke US.
Lawatan pantas

Pengenalan ringkas platform screener lain: iSaham, Mplus Global, moomoo, Finviz, Stockbee, StockAnalysis, Webull, altFINS dan Gainify.

BAHAGIAN 2

Lajukan Workflow Screening dengan AI

  • ✓Demo sambungan Claude ke TradingView melalui TradingView MCP.
  • ✓Workflow membawa hasil screener ke Claude untuk membantu semak susunan EMA, jarak ke 52-week high dan menyusun kaunter mengikut kriteria kekuatan yang ditetapkan.
  • ✓Demo membina watchlist dan menetapkan alert melalui workflow AI.
  • ✓Demo lanjutan Claude Code: membuka chart di TradingView Desktop dan membantu menyemak kaunter dalam shortlist secara automatik.

Nota: Demo lanjutan adalah untuk ditonton. Peserta tidak wajib menyediakan atau mengikuti keseluruhan setup tersebut.

SYARAT TRADINGVIEW MCP

Untuk menggunakan TradingView MCP, anda mesti mempunyai akaun TradingView berbayar, sekurang-kurangnya pelan Essential.

PERSEDIAAN

Apa Yang Anda Perlukan

Untuk bahagian screening

Laptop atau PC dan akaun TradingView. Pelan percuma mencukupi untuk bahagian screener yang diajar.

Untuk menggunakan TradingView MCP secara hands-on

Akaun Claude dan langganan TradingView berbayar, sekurang-kurangnya pelan Essential.

SYARAT TRADINGVIEW MCP

Untuk menggunakan TradingView MCP, anda mesti mempunyai akaun TradingView berbayar, sekurang-kurangnya pelan Essential.

Yuran kelas tidak termasuk kos langganan TradingView atau Claude.

Belum ada TradingView berbayar? Anda masih boleh mengikuti bahagian screener dan menonton demo AI secara live atau melalui rakaman.

14 SCREENER NOTASAHAM

14 Screener. Pilih Ikut Setup Anda.

Setiap screener disertakan cheat sheet setting penuh, termasuk panduan menggunakan penapis patuh Syariah yang tersedia.

1.Momentum Reversal

Kaunter yang menunjukkan reversal dan bergerak di atas semua EMA dalam setting screener.

2.Momentum Uptrend

Kaunter dalam strong uptrend.

3.Momentum Pending Breakout

Kaunter dalam strong uptrend dan menghampiri breakout.

4.Momentum Trendband Collection

Kaunter dalam strong uptrend yang sedang berehat dalam trendband.

5.Momentum Early Reversal

Kaunter yang mula menunjukkan tanda reversal.

6.Basic Uptrend — Atas EMA200

Kaunter di atas EMA200 untuk saringan trend jangka panjang.

7.Basic Uptrend — Atas EMA50

Kaunter di atas EMA50 untuk saringan trend jangka sederhana.

8.Weekly Momentum

Kaunter dengan kenaikan ketara dalam seminggu.

9.IPO Momentum

Kaunter IPO dengan momentum mingguan dan menghampiri ATH.

10.Monthly Momentum

Kaunter dengan kenaikan ketara dalam sebulan.

11.All Time High

Kaunter yang mencapai paras tertinggi sepanjang masa.

12.52 Week High

Kaunter yang mencapai paras tertinggi 52 minggu.

13.Golden Cross

Kaunter yang baru menunjukkan golden cross mengikut setting screener.

14.BTST/Momentum

Kaunter aktif dengan volume untuk saringan setup BTST.

Hasil screener ialah senarai untuk semakan lanjut, bukan arahan beli. Semak status patuh Syariah semasa sebelum membuat keputusan.

APA ANDA DAPAT

Semua Yang Disertakan

Kelas live 3 jam

Di Zoom.

Rakaman penuh

Untuk ulang kaji.

Cheat sheet

14 screener NotaSaham.

Prompt Book

Prompt siap guna untuk membantu semak shortlist, bina watchlist, tetapkan alert dan rangka trading plan.

Portal Prompt

Akses Portal Prompt.

FEEDBACK KELAS TERDAHULU

Apa Kata Peserta Kelas Sebelum Ini?

Antara maklum balas peserta Teknik Screening 3.0 dan 4.0.

“
Terima kasih. Banyak belajar jenis-jenis screener. Ramai sifu akan buatkan setup screener dan kena bayar jumlah yang besar. Tapi ustaz ajar untuk setup dan perlu bayar yuran kelas sahaja. Banyak jenis screener yang ditunjukkan. Tak kedekut ilmu. Akan tengok semula video untuk buatkan setup. Terima kasih atas ilmu yang diberi.
Peserta Teknik Screening 4.0
“
Kelas sangat bermanfaat dan jelas dari segi penerangan kegunaan setiap satu screener.
Peserta Teknik Screening 4.0
“
Penerangan yang jelas. Simple dan senang faham.
Peserta Teknik Screening 4.0
“
Saya dari KTS 3.0 join semula KTS 4.0 kerana ada penambahbaikan untuk screener dan insya-Allah akan join kelas akan datang. Screener dari ustaz sangat membantu.
Peserta Teknik Screening 4.0
“
Untuk yang baru nak belajar buat screening, memang terbaik dan memudahkan untuk screening kaunter.
Peserta Teknik Screening 4.0
“
Kelas saham dengan harga yang berpatutan, pengisian yang tersusun, ringkas, padat dan memenuhi sasaran apa yang saya harapkan. Ditambah pula dengan rakaman dan slide yang disediakan, sangat berguna untuk ulang kaji.
Peserta Teknik Screening 3.0

YURAN

Harga kelas?

Kat luar mungkin nilainya ribu-ribu.

Tapi kali ni…

RM100 lebih sahaja.

EARLY BIRD BERAKHIR DALAM

08

Hari

03

Jam

21

Minit

44

Saat

EARLY BIRD

RM129

Harga biasa RM149

Ahad, 22 November 2026 · 9:00 pagi – 12:00 tengah hari · Zoom

FAQ

Soalan Lazim

+Bila kelas berlangsung?

Ahad, 22 November 2026, 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari, secara live di Zoom.

+Kalau saya tak dapat hadir live?

Rakaman penuh disediakan untuk ulang kaji.

+Kelas ini untuk market mana?

Untuk trader Bursa & US. Anda akan belajar cara menukar market daripada Bursa ke US dalam screener.

+Perlu TradingView berbayar?

Untuk bahagian screener, pelan percuma mencukupi. Untuk menggunakan TradingView MCP secara hands-on, anda mesti mempunyai TradingView berbayar, sekurang-kurangnya pelan Essential.

+Perlu ke saya setup Claude Code sendiri?

Tidak wajib. Demo lanjutan Claude Code adalah untuk ditonton. Peserta tidak wajib menyediakan atau mengikuti keseluruhan setup tersebut.

+Adakah hasil screener ialah cadangan beli?

Tidak. Hasil screener ialah senarai untuk semakan lanjut, bukan arahan beli.

+Ada penapis patuh Syariah?

Cheat sheet merangkumi panduan menggunakan penapis patuh Syariah yang tersedia. Semak status patuh Syariah semasa sebelum membuat keputusan.

Early Bird RM129

Daftar